Custom Search

Sunday, January 14, 2007

BAHAGIAN 1 : PENGENALAN ASAS PERNIAGAAN AFFILIATE

1.1 Penerangan

Menjadi seorang yang berjaya dalam AFFILIATE bukan berkaitan dengan jualan…. Ia adalah pra jualan.Permulaan jualan yang berjaya adalah dari Pra Jualan.

Matlamat utama anda adalah untuk memahami iaitu memahami dengan betul garis panduan konsep yang dinyatakan disini. Dengan pemahaman konsep Pra Jualan dapat memaksimakan kadar pertukaran (conversion rate).

Dengan matlamat ini dalam fikiran :

"Fokus Atau Tumpukan Untuk Memaksimakan Keuntungan"

Matlamat utama setiap perniagaan adalah untuk memaksimakan keuntungan atau pendapatan. Keuntungan secara ringkasnya pendapatan tolak perbelanjaan.
Sebagai AFFILIATE ada dua cara untuk memaksimakan keuntungan (berkait dengan pemasaran) :

  1. Syor lebih banyak pengunjung ke pedagang yang anda wakili.
  2. Tingkat kadar pertukaran (conversion rate) (ie:peratusan pengunjung yang anda syorkan ke pedagang… pengunjung yang memberi tindakbalas atau respon untuk pedagang bayar samada jualan atau "lead").

Formula ringkas ; Jika anda membawa 100 pengunjung ke pedagang sehari dan 1% membeli, anda dibayar satu jualan yang dibuat. Dan sekiranya anda dapat menarik 1,000 pelanggan dan 3% membeli, anda mendapat 30 jualan. Jadi 30 kali adalah lebih menguntungkan.


Perlu di ingat, setiap perniagaan ada perbelanjaan atau kos. Ini kerana untuk mendapat keuntungan perlu mengeluarkan belanja dan termasuk masa. Jika anda tidak mengeluarkan belanja atau masa, anda ebenarnya tiada perniagaan. Jadi anda perlu membina trafik ke laman web dan menukar kepada hasil wang yang telah dibelanjakan dan setiap jam waktu yang anda peruntukan untuk perniagaan anda ini.


Masa Itu Wang.


Jangan mengira masa itu zero kos hanya kerana ianya tidak mempunyai nilai kos dari poket anda sesen pun. Jadi nilaikan dalam ringgit. "Ini akan menjadikan perniagaan AFFILIATE anda kukuh dengan asas yang kuat."


Dapatkan Keterangan Lanjut dengan Muat Turun PERCUMA

No comments: