Custom Search

Sunday, January 14, 2007

ELEMEN ASAS UNTUK MENJANAKAN TRAFIK KE LAMAN WEB ANDA.

Dalam BAHAGIAN sebelum ini telah diterangkan bagaimana anda bolih menjalankan atau memulakan program AFFILIATE anda di Internet.

Sekarang tiba masa untuk anda mengetahui bagaimana untuk menarik trafik ke laman web anda. Bahagian ini menerangkan promosi atau pemasaran laman web anda!

Kenapa trafik perlu? Trafik amat penting kepada semua jutawan-jutawan Internet. Apa itu trafik? Trafik di Internet bukanlah sama dengan trafik dijalan raya. Trafik di Internet adalah satu aliran jumlah kuantiti pengunjung-pengunjung yang melawat laman web anda. Menjana trafik merupakan satu strategi pemasaran berobjektif untuk membuat jualan yang berkesan! Semakin banyak trafik melawat laman web maka pendapatan bertambah.

Amatlah sukar sekiranya kita tidak dapat menarik pengunjung kelaman web anda untuk membuat duit. Ini lah perkara utama yang anda perlu fikir dalam menjanakan pendapatan atau komisen anda. Tiada pengunjung tiadalah pendapatan!

Menghasilkan trafik kelaman web anda adalah elemen penting dalam setiap perniagaan Internet. Apabila anda mengetahui bagaimana memandu pengunjung anda ke laman web, maka anda akan menuju arah kejayaan cemerlang.

Dengan membuat trafik yang berkualiti serta murah, secara tidak langsung anda mendapat satu kelebihan dalam lain-lain elemen (ini bergantung kepada jenis laman web serta pengunjung anda).

Penarangan Lanjut Dapatkan Muat Turun PERCUMA

No comments: